APA ITU HOMESTAY

Apakah program homestay?

Program Homestay adalah pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan menimba pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay dan juga mempelajari budaya masyarakat luar bandar di Malaysia. Produk Homestay tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi.


Apakah jenis-jenis aktiviti yang ditawarkan di homestay?


Setiap homestay menawarkan pelbagai jenis aktiviti bergantung kepada budaya, makanan, aktiviti ekonomi serta lokasi. Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dari segi budaya, bermula dari 'Nasi Dagang' di Kelantan, hingga ke Tarian Sumazau di Sabah, serta tinggal di rumah panjang yang terletak di Sarawak. Contoh-contoh aktiviti di homestay meliputi:


(i) Budaya dan Gaya Hidup

  • Sejarah
  • Tarian tradisional, lagu tradisional dan makanan tradisional
  • Permainan dan sukan tradisional
  • Budaya: Perkahwinan, majlis korban, dan upacara keramaian
(ii) Aktiviti Ekonomi
  • Menoreh getah
  • Penternakan ikan
  • Pertanian: Padi, koko, minyak sawit, buah-buahan
(iii) Rekreasi
  • Melawat kawasan-kawasan sekitar homestay (sightseeing)
  • Merentas hutan (Jungle tracking)
  • Arung jeram (White Water Rafting)
  • Melawat produk pelancongan berdekatan
(iv) Pemuliharaan Alam Sekitar
  • Program Menanam Pokok: Para pelancong digalakkan untuk menanam pokok di homestay yang dilawati dengan tujuan untuk memulihara alam sekitar dan juga mencantikkan lagi lanskap homestay tersebut.
sumber : KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALASYSIA

1 ulasan:

  1. Zaman sekarang ramai dah orang buat homestay untuk jana pendapatan sampingan dan tak kurang juga ada yang siap buat bisnes homestay lagi. Nak dapatkan homestay murah di Kota Kinabalu? Tengok sini: https://profhariz.com/homestay-murah-di-kota-kinabalu/

    BalasPadam